Hahaha.. lama dah xmenulis dalam blog ni... maklum la busy tahap cipan dah ni. Aktiviti bulan 1 utk SDD, hmm firstly ada la sorg awek SDD ni menyambut harijadinya yang ke 28 tahun. Sape lagi kalo bukan Kak Zaila kita.
Pada 1hb Januari 2010 sempena tahun baru besday dia. Tahun baru gak, aku, intan, ayu and soleha gi mengembara ke KL. Alang-alang ada kat KL, kitorang beli la hadiah untuk Kak Zaila.
Jenuh aku tanya Kak Zarini pe yang Kak Zaila suka.. Korang tahu apa hadiah dia?? Hahaha... Pada hari Selasa, masa meeting, hadiah diberikan pada Kak Zaila. Aku pun tak tahu la Kak Zaila suka atau tak hadiah tu. Macam takde perasaan je. huhuhu...
Hadiahnya tak dapat nak tunjuk kat sini memandangkan aku lupa nak tangkap awal2 b4 aku balut hadiah tu. Kalau korang nak tahu, hadiah tu adalah sebuah Al-Quran dan Terjemahan Al-Uthmani khas untuk Kak Zaila. Harap Kak Zaila suka hadiah tu. hehehe..
Kebanggaan Akak Zaila menerima hadiahnya.. hehe
Intan menumpang glemer dalam gambar kali ini..
0 komen:
Post a Comment