Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

02 January 2010

Selamat bertunang Sol!

Pada 26hb Disember 2009 majlis pertunangan Solehah diadakan. Wah! Kali ini orang yang ketiga dalam group SDD telah mengikat perhubungan. Adik-adik plak tu. Kejelesan telahpun berlaku untuk kali yang keberapa. Hahaha.. Walau apa-apa pun bak kata orang jodoh tak kemana. Insya'allah.

Nak kata tengok pada majlis yang keluarga Solehah buat takde la se'vogue' Nabiha dimana pelamin indah siap disediakan. Majlis yang sederhana itu tetap meriah.

Solehah dengan senyum malu-malu.. hehehe.. Mesti berdebar-debar kan walaupun bukan bernikah lagik..


Sewaktu cincin disarungkan oleh Mak Long si tunang. Betulkan Sol??? Hehehe


Cincin tunang daripada tunang tersayang..

Akhirnya terikat sudah dua hati. Hahaha.. Terjiwang plak. Selamat hari pertunangan buat Solehah sekali lagi. Doakan akak-akak yang tertinggal jauh ni dapat jodoh plak yek.. hehehe



03 December 2009

Selamat hari pertunangan untuk Nabiha!!

Wah..wah..wah.. skang ni orang kedua plak dari team SDD dah bertunang. Sape lagik kalau bukan cik Nabiha kita sendiri. Pada 28hb November 2009 hari tu majlis pertunangan Biha diadakan. Sori tak dapat datang ngan Ayu. Last-last minit mak nak gi umah abang.. Apa-apa pun tahniah la yek.. Tup tup tup.. dah bertunang.. Jeles plak tengok. Huhuhu..

Sekali tengok macam kawin jek.. dua kali tengok baru tunang ni.. Konpius kitorg.. hehehe

Pergghh.. lain bebenor muka Nabiha bila dimekap sebegitu rupa yek!
Cun beb!! Hehehe
Sesi sarung cincin.. berdobar-dobar tengok???
Eh apesal aku plak berdobar?? Hehehe..


Nabiha and tunangnya... Sama padan.. hurmm..


Nabiha bersama keluarga..

Tahniah kami ucapkan! Semoga korang bahagia dan jodoh berkekalan hendaknya.. Amin.. Cepat-cepat la kawen.. Tak sabor nak makan nasi minyak.. Nyeh3..


17 November 2009

Selamat bertunang Safwan!!

Cun lah! Sebab apa cun? Sebab kawan aku sorang ni dah pon bertunang ngan gadis Sarawak.. Wah.. wah.. wah.. Lawan tokey dah ni Sapuan. Huhuhuhu... Tahniah la kitorang ucapkan. Tengah dalam keadaan busy ingat juga Sapuan belikan ole2 untuk kitorang dari Sarawak tu. Bertarikh 9hb November 2009, Sapuan diijabkabulkan. Hahaha.. sesuka hati aku je mengatakan sedemikian. Memang tak kena langsung.

Ini la tunang kesayangan Sapuan.. apa ek namanya? Cik Rugayah kan??? Hehehe..


Kekonpiusan di sini.. Ni majlis tunang ke majlis akad nikah?? Huhuhu..
Sapuan begitu bersemangat buat 'acting' menyarung cincin. Sabar Sapuan.. Sabar.. Hehe


Gembira sungguh muka si Sapuan di sisi tunang tersayang..
Tu senyum buat-buat ke apa tu?? Hohoho..

Tahniah sekali lagi dari kitorang untuk ko Sapuan. Lepas ni sape plak menyusul ek?? Aku?? Haahahaha.. No mungkin.. uhuk..uhuk..uhuk..