30 December 2009

SOTM bulan Disember

SOTM kali ni adalah Wani. Thanks pada sesiapa yang telah vote saya.. Yang penting kerja mesti ikhlas..



26 December 2009

Makan-makan + besday celebration di Kenny Rogers

Pada hari Khamis, 10hb Disember 2009 kami satu team pergi la celebrate besday Mat di Kenny Rogers IOI, Puchong. Masa sampai ke sana memang excited la sebab dapat makan2 ramai2 plus melantak ayam Kenny Rogers walaupun tidak la sesedap mana. Kikikiki.. Lama rasanya tak lepak ramai-ramai macam ni. Bila dah lepak bersama baru terasa macam kuarga. hehehe..

Ok la.. Melalut je aku ni. Kita mulakan dengan babak memotong kek dari Mat. Sedapnya kek bawah ni... Nyum.. nyum.. nyum..

Entah apa la yang susah sangat si Mat ni memotong kek tu. Nak kata kek tu keras, sedap je aku makan. Ni nak buat aksi menikam kek ke Mat?? HohOoOhOOo..
Ni la diantara member-member SDD yang sama-sama menyambut besday Mat di Kenny Rogers. Mase ni semuanya memang dah kelaparan tahap asbestos sebab tak makan2 lagi lepas meeting. Memang kitorang simpan perut la semata-mata nak menunggu makan ramai-ramai ni. Aku daripada nak diet ritu terus tak jadi, waa semakin riso bila melihat muka semakin chubby.. huhuhu
Muka gadis-gadis dan mak budak di Kenny Rogers. Sambil menunggu ayam sampai sempat lagi kami posing.. hohoho.. Perut time tu dah bergendang berapa kali entah rasenye..
Ni la makanan yang aku, Intan dan Ayu order. Nyum..nyum..nyum.. Tengok memang sedap.. Mase ni perut aku dah berdondang sayang minta diisi. Wakakaka...

Lepas jek makan, kitorang pulang. Ada yang buat aktiviti masing-masing. Geng-geng dak laki pergi main game kat level 2, aku, Ayu dan Sol plak plan nak gi tengok wayang cite Jump and the rest di surau. Papehal pun saat ni best.. Walaupun makan-makan jek tapi suasana itu tetap meriah.

MSS Official Launch at LIMA'09 Langkawi

Pergghh.. Bila disebut pasal LIMA'09 di Langkawi, hati dah berdebar-debar. Penat lelah satu team bertungkus-lumus untuk projek ini akhirnya berhasil. Cuma ada sikit la yang slek tapi itu tidak memberi effect kepada team kami untuk enjoy di sana. Selama seminggu bermula 30hb November 2009 hingga 6hb Disember 2009 LIMA berlangsung.
Walaupun aku tak ikut skali pergi ke sana tapi aku tumpang sekali perasaan seronok itu dengan kawan2 yang pergi. Bak kata intan.. "Itu satu pengalaman yang fantastic and baru bg dia..dapat join LIMA'09 di Langkawi and it was the best exposure yang patut company join utk memperkembangkan lagi  sayap business kami..ahaks..." Macam adegan sesi temuramah pulak.Kikiki..
Ok la.. tamau cite panjang lebar so aku nak melakar satu cerita mengikut kepada gambar yang diberi oleh En Sapuan kita sendiri. Yeebbaaa anggre anggre!!!

Al kisah satu cerita bila mereka dalam perjalanan menuju ke hotel (I guess?), Intan sempat la menangkap billboard smart di tepi jalan. Sekilas aku pandang, perasaan bangga lahir dalam hati bila melihat Mutiara Security System (MSS) terpampang di Langkawi walaupun MSS tu bukanlah kami pencipta sepenuhnya tapi kamilah team yang bersusah payah bergabung tenaga disebalik tabir untuk projek besar ini. 




Ini merupakan booth kami plus hasil usaha Mat Khusyairi @ designer kami yang tak cukup tidur nak menyetelkan design untuk LIMA kali ini. Bak kata Mat "Aku boleh tidor senyenyaknya after LIMA". Dan impiannya tercapai dikala pukul 6.00 pagi bersamaan 30hb November 2009 hasil kerja yang terakhir dihantar kepada team kami di sana. Hehehe..
 

Dilihat staff MIMOS Smart Computing begitu bertungkus-lumus berbincang dan menyusun atur booth kami untuk hari perasmian yang akan dibuat oleh PM kita Dato' Seri Najib Tun Razak pada hari Rabu nanti.
 
Cuba korang lihat, ni gambar lepas launching ke sebelum launching?? Hehehe.. Lepak je dorang semua ni..huhu
 
Encik Muhamed pula sibuk mengiring Dato Latif Mirasa (Board of Director) kitorang pusing-pusing booth kami. Begitu bersemangat dan senyum lebar je kita tengok. Tatau pe yang difikirkan oleh mereka ni.
 

 
Keadaan dilihat semakin sibuk sebelum majlis pelancaran. Suasana semakin tegang dan berdebar-debar.

Dan tibalah saat-saat yang dinantikan...

 
 
Najib mendekati booth kami. Perasaan si presenter semakin berdebar-debar. Intan, Safwan, Bos, En. Talib, En. Shuhada, dan lain-lain menunggu masa je. Melihat Najib menandatangani plug MSS menambahkan dup..dap..dup..dap.. di dada. Hahaha.. macam aku pulak berada di sana. Kikiki..
Oooppssss.. iklan sebentar.. Siapa la yang tangkap gambor ni ek?? Kikiki.. Kacau daun betol! (dalam ati. aku berkata.. "Mantap cioOOoottt!!!")

Sudah..sudah.. kita sambung cerita tadi.. huhu..
 Najib pergi ke senario pertama...
Pastu pergi ke senario ketiga.. Senario Intan (senario kedua) terskip la plak.. huhuhu
Ish..ish..ish.. kepala sape lak neh???
 
Then senario empat dan lima.

Habis babak cemas dan mendebarkan.. masa untuk Enjoy!!!! Tengok gambor bawah ni.. ni kat kawasan lapangan terbang.. pergghhh.. cayalah.. Babak ni aku paling merasa JELESSSSSSS.. Jeles sebab apa? Jeles sebab tak dapat bergambor ngan abang2 pilot yang encem-encem huhuhu.. Kalo tak leh dapat dua tiga no tepon.. wakakakaa..
 
 
Selingan lagik..
Sebonarnya bukan nak tunjuk gambor kapal terbang pun.. nak tunjuk gambor abang pilot sebelah ni.
Encem nyeeeee.... "Ai abang encem.. leh kenal? kikiki" nyeh.. nyeh..nyeh..


Wah..wah..wah.. depa-depa ni sonok bebenor menangkap gambor dengan pelakon Faizah neh..huhu

Babak tangkap dengan mamat macho plak! Ni babak jeles untuk kali ke berapa entah.. haha
 
Dak-dak ni kate ni kawan bos.. hehe.. Bos..bos.. nanti kim calam kat dia ek? kikiki.. Intan pun xmo lepas peluang tuh.. hahaha
Ni babak mengusya aweks paling BAEEEKKK punye!! Hak hak hak..

Bleh laa.. janji masyukkk~ Hohoho..

Turn babak melantak pulak!!!!

Si Encik Megat dan En. Suhaimi yang membuat aksi kekenyangan..
(walaupun aku tengok depa minum air jek.. hoho)
Sonok bebenor aku tengok si Intan neh.. kikiki

Babak sewel-sewelan yang dilakukan oleh Sapuan... kikiki.. Apa yang ko buat tu Sapuan????

 "Kasik curut sebatang!! Hoho..~"bisik Sapuan.

Aksi mempromote logo smart dari Sapuan.. hohoho..

Kasik zoom in sikit dari Intan..Ahaks


Wokeh.. setelah hampir seminggu kat LIMA, tibalah mase untuk dismantel booth Smart... Masing-masing busy dengan kerja. Bak kata orang.. enjoy-enjoy gak.. kerja jangan lupa!! Kerja kena setelkan gak..
 
 
Lihat si Abang Faizan.. Begitu seyes sekali aku tengok.. ngeeee..

Ni babak aksi 18SG yang dilakukan oleh bos. Wahhhh~ Menakutkan.. Ala-ala berani gitu buat aksi panjat-memanjat.. Kalau jatuh tu pecite yek?? Ish.. ish.. ish.. Peringatan untuk anak-anak di luar sana: Please don't try this at home! Ahaks!

"Tengok.. ada ala-ala spiderman tak?? Kikiki" kata bos agaknye.
Mari kita gayut beramai-ramai...!!!!


Wah~ menakutkan!!!


Mari membuka penampal beramai-ramai... Panjat jangan tak panjat!!
"Jaga-jaga.. kau jatuh aku sambut!!" jerit En. Rizan.

Habis babak dismantel.. tiba la mase melantak dan membosarkan badan...

En. Suhaimi dan En.Megat begitu gembira sekali. En. Rizan aku tengok sibuk melapah daging tanpa pandang kiri kanan dah!! kuikuikui..

Ni babak makan sambil cover macho..
Tiba-tiba datang babak sewel.. rakus dan mengong sikit.. kikiki
Dua gadis pingitan yang kebuloqq.. hohoho


Sapuan dan Intan melepaskan geram dengan melantak sepuas-puasnya sebelum pulang..
"Esok dah tak leh makan macam ni dah.." kata mereka.
"Pasni dah kena diet. Badan dah naik 5kg dah ni.. Habislah tak muat baju kawen nnti. hahaha" merapu si Sapuan.

Ni depa ada cite kat aku yang malam yang sama depa melihat mat saleh gi menari beramai-ramai kat atas pentas.. perghh cuba korang lihat..



En. Megat begitu khusyuk sekali melihat.. hehehe
Hahaha.. memang kureng loooorrrr~

Habislah sudah cerita di LIMA yang aku coretkan dekat sini. Walaupun tak pergi tetapi suasana seronok tu dapat dirasai bila tengok gambar-gambar dorang ni.. hehehe.. Bila lagi nak pergi jalan-jalan melancong lagik yek??? Hmmm...