03 January 2010

Girls day out on New year....

sPada 1hb Januari 2010 sempena tahun baru, aku, Intan, Ayu dan Solehah plan beramai-ramai berjalan-jalan. Niatnya hanya untuk ke Lowyat sebab dak-dak ni nak gi membeli barang-barang komputer di situ. Lepas tu aku ajak depa gi Sogo plak. Kat Sogo, kitorang pakat nak gi kakrok. So lepak la kitorang dekat RedBox yang harganya mahal la jugak. Happy hour 23ringgit satu kepala.

Masa ni tengah beratur nak booking bilik...


Sempat lagi berposing..


Beratur jangan tak beratur...


Solehah dah keletihan menunggu, terus cari port untuk duduk.. Sempat gak dia berposing kat situ.. Ahaks!

Tapi... lepas dah abis beratur.. malangnya kena jadi membership plak deyyy! Aduyai.. dari bersemangat nak menyanyi terus cancel nak booking.. So kitorang plan gi nyanyi kat jamban je dekat ngan game. Koman-koman murah la gak. Singgit satu lagu... huhuhu. Jamban pon jamban laaaa...

Ni kira balas dendam sebab minah receptionist tu soh jadi member dulu.. Kalau tak jadi member tak leh masuk.. Kami pakat tangkap kat pertengahan laluan bilik dalam redbox tu je laaa.. Macam-macam aksi kitorang buat untuk tatapan korang sume.. nyeh3x..


 
 
Ni semua muka sedih + tak puas hati sebab tak leh masuk redbox.. Huhuhu..

Nyanyi kat jamban tu plak penuh dengan mamat-mamat tak bleh blah. Tak leh tengok orang senang sikit. Plus dengan bau rokok.. Aku jadi tak selesa.. Target nak nyanyi 20 lagu tapi sebab tak tahan sangat ,dak-dak ni yang perabihkan 20 lagu tu. Aku nyanyi sikit-sikit la sebab tekak memang dah sakit time tu tapi degil gak nak melalak.. hahahaha... Begitu bersemangat Ayu, Sol dan Intan menyanyi aku tengok.. tapi kalau nyanyi kat dalam redbox tu lagi best rasenye sebab bilik dia bosar plus bleh gelek-gelek dan menari kat dalam tu tanpa ada orang tengok.. wakakaka..

Lepas melalak, kami pi makan.. And then gerak ke bawah... sempat la si ayu tu membeli belah..

"Beli jangan tak beli....." kata Ayu..
Koman-koman ada la satu biji beg Ayu nak pakai nanti. hehehe

Then, lepas beli belah kami jalan-jalan gi Jalan TAR plak. Ramai gile orang kat depan Sogo.. Leh plak lepak2 kat situ. Redup jek plus nyaman.. sonok je rasa...

Kabur la plak!
Benti sat sambil kasik posing baek punyaaaa...


Peace!!! Intan lambat kasik peace laaaa...
Kami time ni tak to nak beli apa.. follow jek dak dua orang tu.. huhuhu

 
 
Jalan-jalan sambil menangkap gambor....

Then lepas beli buku dekat Jalan TAR tu, kitorang lepak kejap kat tempat duduk yang disediakan sambil tunggu Intan beli brooch.

Tengok la tu begitu khusyuk minah tu memilih brooch-brooch kat situ sorang-sorang.. hehehe

Sementara menunggu tu ada pulak la satu mamat ni approach kitorang. Mula-mula malas nak amik port bila mamat tu dah stat menjual tapi bila tengok dia jual benda alah apa so kami tertarik la gak. Mamat tu jual diari Islam 2010 harga sepuloh ringgit. Pe lagik, aku, Ayu and Sol pon beli laaaa... hehehe..


Cantikkan diari ni??

Then kami teruskan perjalanan ke Masjid India pulak..

 
Setiap kedai kami lalu plus tengok-tengok.. Mana la tau ada yang berminat ke???
Then tengah on the way tu ada plak sekumpulan abang-abang pakcik-pakcik main sepak takraw di tengah-tengah bangunan.. apa lagik aku layan la tangkap gambar depa tu.. Petang-petang ni sonok tengok orang buat aktiviti riadah macam tu... Then sempat tangkap gambar kedai yang meriah dengan kain-kain yang murah2 harganya. Tapi aku tak tergoda pon.. kikiki...
Jual! Jual! Murah! Murah!!!! Macam-macam adaaa.... Hohoho..

Satu hari berjalan dari pagi sampai la ke Maghrib kami rewang-rewang beramai-ramai. Penat tu jangan kata la. Tapi sonok tu tetap ada. Tengah awal bulan ni macam2 nak beli nnti bila dah poket kering masing-masing diam tak terkata laaa.. Hehehe... Nanti kalau ada aktiviti lagi, kami plan gi jalan tempat lain plak.. Plus sebab bulan 12 SDD takde pape aktiviti so ini la aktiviti kami....



0 komen:

Post a Comment