25 January 2010

Gotong royong + lepaking + main boling + besday Sapuan = Enjoying day!!



Pergghhh... banyak sungguh aktiviti untuk hari tu. Hahaha... bertarikh 16th Januari 2010, kami team SDD bergotong-royong mengemas bilik baru kitorg di tingkat 3 memandang semua ahli SDD kena pindah ke atas. Then ramai2 la datang hari Sabtu ritu nak mengemas bilik tu. Disebabkan meja tak cukup plus kami plak ramai, hanya geng laki sahaja yang dok atas except En. Megat dan En. Suhaimi dan kami geng pompuan still remain dok kat bawah. Apa-apa hal pun, semangat team.. kami join gak membantu geng laki mengemas bilik tu. So, mari kita saksikan babak2 ni..

Ni la geng2 anak dara yang rajin bangat membantu mengangkat barang.
Beratnya bukan main.. nasib baik dah biasa...
Walaupun penat, muka kena selalu senyum.. hehehehe

Geng laki tak sempat nak amik. Sebenornya malas nak amik gambar depa. Kami team pompuan nak glemer untuk entry kali ni. Hehehe... Pagi tu depa ni melantak nasi lemak Anuar beli. Memang sedap la nasi lemak tu aku tengok sampaikan Intan and Ayu makan sampai 3 bungkus. Hehehehe...

Then lepas dah selesai bergotong-royong, kami plan gi main boling kat Indah Parade, Sri Petaling. Muka masing-masing dah excited. Lama betul tak main boling. Rindu bangat... Sebelum gi main boling tu, kitorang lepaking di sebuah kedai makan dekat Sri Petaling tu untuk hilang ponat dulu. Kitorang ramai2 naik kete Khaidir sampai semput kete tu nak gerak bila dak2 kurus macam kami ni memenuhkan tempat kosong dibelakang. Memang sadis la kitorang bila bersempit-sempit dibelakang.. nasib aku kecik sket.. hahahaha..


Entah apa yang digelakkan bos tu. Khaidir plak macam layan je la.. hehehe
Aku begitu khusyuk mendengar Intan berceloteh. huhuhu


Begitu juga Sapuan...


Sampaikan air pun rase tak cukup je ari tu..
Cuba teka air sape ni?? Ada sejibik bijik limau di dalamnya.. Hehehe..


Intan macam muka tension jek.. Ahaks..

Lepas tu kitorang mulakan journey ke Indah Parade, Sri Petaling untuk  memenuhi misi yang dah diplan tadi. Tapi sampai sahaja kat Indah Parade, dah masuk parking dah pun, tiba-tiba Sapuan ni hilang handphone plak dah. Jenuh gak la dia dan Khaidir mencari handphone tu dalam kete. Kitorang yang awalnya tak tahu apa-apa dah penat tunggu depa berdua ni dalam lif kargo sampai tahan pintu lif tu dari tutup sebanyak 3 kali. kui..kui..kui..

Aku pergi la ke kereta balik cari mamat berdua ni, tengok depa ni agak kalut sket masa tu. Sapuan muka dah cuak + pucat sebab handphone dia hilang. Dalam pale otak dah fikir tinggal kat kedai makan tadi memandangkan bila dia kol, handphone dia cannot reachable. Maksudnya handphone dia tu dah ditutup. So, kira samada dah kena amik orang atau jatuh kat mana-mana. Hanya Tuhan yang tahu perasaan Sapuan masa tu. Muahahaha... Khaidir soh kitorang naik dulu dan depa berdua plan nak gi kedai tu balik. Gile baik tol Khaidir. Semangat kawan macam ni la yang kita mau! Tabik spring kat Khaidir. Aku follow jek!

Kami bertiga terus gerak naik atas. Sementara menunggu dorang, kitorang pergi solat dulu memandangkan Sapuan cakap bos and the geng solat dulu. Lepas solat, kami terus masuk ke tempat boling. Memang dah excited sangat dah tu.


Ni muka tak sabar-sabar nak main dah ni.

Tapi.. kesabaran menduga betul kitorang geng-geng pompuan. Nak tahu kenapa??? Ada ke patut, kami dibiarkan tunggu kat boling tu berjam-jam? Si Khaidir and Sapuan tu kira bleh dimaafkan sebab pergi mencari handphone, ni si geng2 bos hilang tanpa khabar berita. Huhu.. rupa-rupanya sempat lagi depa gi mengurut dan buat rawatan refleksologi.. (betul ke aku eja ni?? hehehe).. Korang tengok la muka kitorang yang bosan tahap nak bunuh orang je rasanya time tu..
Masa ni boleh lagi kami nak senyum..

Dah bosan sangat, kitorang kuar kejap gi tempat game. Mana la tau boleh la kitorang karok dulu buang tensen tu. Tapi bilik karoke penuh plak. Then lepak + jenguk-jenguk kat bawah tengok aktiviti kat bawah tu..

Entah apa aktiviti kat bawah tu yek?? Then lepas dah puas tengok, kitorang masuk balik boling. Masih lagi takde mamat-mamat kesayangan kitorang ni. Aduyai...
Ayu dah jadi gile bila menunggu mamat2 SDD ni tak muncul-muncul..

Rasanya masuk kali ke-5 kitorang kuar masuk boling tu takde jugak dorang ni. Sampai kemarahan dah tahap ke hujung kepala dah ni menunggu dorang. Sakit ati tol.. (ikhlas dari hati aku, intan and ayu masa tu.. hehehe). Dari aku lapar sampai tahap nak makan orang sehinggalah aku kenyang macam ular sawa baham orang, depa masih takde lagi.. Waduh..waduh..waduh

Ni muka dah bosan dah ni.... bosan kali keberapa entah.. aduyai...
Bola di sebelah dah memanggil-manggil kitorang untuk dibaling ke longkang.. hahaha.
Kesabaran tol!

Rasanya satu jam kot kitorang tunggu kat boling tu.. so akhirnya muncul la mamat2 kesayangan plus bucuk2 kitorang ni.. (nak lempang je rasa dorang ni masa tu.. hahahaha)
Tengok la muka mamat-mamat kesayangan kami ni masuk... Sengih dengan muka tak bersalah tu.. huhuhu...


 Ni muka nak amik hati kitorang ke ni??? huhuhu..
Pasal handphone Sapuan tu, rupa-rupanya dia dipermainkan oleh bos rupanya. Sian dia.. Kami tumpang simpati bila mendengar kisah sedih dia dan khaidir mencari handphone yang telah hilang. Bos rupa-rupanya yang simpan handphone tu kat kedai pastu terus tutup saje nak kasik Sapuan cuak. Ish..ish..ish.. Kesian betol! Bos.. bos.. nak buat jahat kenapa tak ajak kitorang skali.. waduh3..

Then, dugaan sekali lagi, lane dah penuh. Kitorang kena booking dulu.. alahai... kalau tau tadi, kami booking awal-awal dah.. terpaksa tunggu sampai pukul 4.
Dugaan + kesabaran tol! Sementara tunggu turn, depa ni nak gi makan kejap. Aku, ayu and intan gi la jalan-jalan kat dalam carefour tu. Sebenarnya time tu dah takde hala tuju dah.
 
Ni muka excited nak main boling.. last-last kena tunggu sampai kol 4 baru turn kitorang.. mase tu baru kol 3.15ptg rasanya.. Waduh..waduh..waduh..

Tak mo cite panjang-panjang, permainan boling bermula. Ni la aksi-aksi kami bermain boling. Dari yang tak tahu main, bola masuk longkang kepada tahap profesional bermain dah ni...Kami devide kepada dua team. Team aku terdiri dari aku sendiri (Wani), Ayu, Khaidir dan Safwan manakala team Bos terdiri dari bos (Jai),  Mat, Hanafi dan Intan. Mari tengok aksi2 kitorang..



Muka semua ceria jek.. hilang rasa marah dah time tu.
Takde dah rasa nak makan orang dah time tu. hehehe
Gaya Sapuan baling bola...


Intan plak.. Muahaha.. lawak tol aksi intan ni...
Aku and Khaidir berlawan.. Muka masing-masing tak leh blah time ni...
Konon-konon terer la main, akhirnya masuk longkang.. hehehe
Gaya Khaidir
Gaya aku..
Gaya Ayu.. Perhatian: ni gaya budak tak to baling bola ni.. hikhikhik..
Jangan marah ayu, gurau2 gedik jek..nyeh3..
Gaya Hanafi.. Begitu gagah Hanafi mengangkat bola..
Macam angkat berat jek.. hehee
Gaya Mat...
Lastly gaya bos.. muahaha.. kerana terlampau tinggi, kepala tak nampak doh!

Nak tahu satu cerita lawak tak??? Ni aku nak bongkarkan dalam blog kali ni... ada la sorang mamat tu, kerana terlampau excited sangat dia baling bola sampai leh tergelincir and DUMMMM jatuh terduduk macam nangka busuk. Hahahahahaha..... Kami dok ramai-ramai gelakkan dia kat belakang.. Nak tahu sape mamat tu?? Mat.. sori yek, aku telah memalukan ko di dalam ini cerita.. hahaha.. Ampun bapak...!!! Kalau sempat tangkap gambar ritu kan best!! hehehe...


Gaya masing-masing menunggu turn.. hehehe
 
Awwwww~! Tengok la gaya Sapuan..

Akhirnya.. ini la markah kitorang... Walaupun team kami kalah, tapi keseronokan tu tetap ada.. Release betol tensen ritu..
Ni markah team aku..
Ni markah team Bos.. Ala.. nasib je tuh! hehehehe...

Dah puas main, kitorang pun pulang la. Kembali sahaja ke opis, aku terus kasik hadiah kat Sapuan. Hahaha..
Ni nak cerita pasal Sapuannya besday plak. Pada 13hb Januari 2010 besday dia. Wah.. heppy belated besday yang ke-25 Sapuan.. kira ko dah capai baya aku dah ni.. hehehe.. Tengok aksi Sapuan bila dapat adiah...
Tengok la muka Sapuan.. buruk gile.. sambil melantak nasi lemak


 
Waduh..waduh... begitu sonok tengok Sapuan dengan hadiah tu.

Nak tahu hadiah apa tu? Hmm.. hadiahnya ialah.. tali pinggang jenama Polo Exchange, baju kemeja jenama Guy's Creative (warna ungu kotak2) dan neck tie jenama Suave (plain purple). Hope ko suka.. Penat aku, intan and Jazz pilih tu.. nyeh3..

Okla.. stop la cerita sampai ke sini. Ni nak sambung cerita baru plak... To Sapuan, Heppy belated besday sekali lagi dari kitorang team SDD, semoga panjang umo, cepat kawen and murah rejeki... Tamat sudah cerita ini... HABIS..








0 komen:

Post a Comment