16 July 2009

Aktiviti menyeksakan diri.. Paintball in the house~

Bertarikh pada 12 Julai 2009, buat pertama kalinya staff SDD mengadakan aktiviti riadah (riadah ke??)..haha.. sebenarnya aktiviti ini boleh digelar sebagai "aktiviti menyeksa diri" ini hanya dianggotai oleh 3 orang staf SDD je iaitu ketua perosak alam, Mr. Hasyunizal dan penolongnya Mr. Ikmal. Hanya seorang anak buah yang agak kerdil dan takut2 nak jadi pahlawan (maybe tak layak kot?) yang agak tercampak masuk ke dalam aktiviti ini bernama Wani. Hahaha..

Memang betul2 menyeksa diri. Esoknya masing-masing ambil MC, haha.. sebenarnya yang ambil MC Wani je.. selepas tu bos besar ijai menyusul plak. Alasan badan luka-luka lebam-lebam. Apa perasaan mereka? First time join paintball yang memang rasa macam bertempur kat medan perang. Lebih terasa Wani la sebab dia sorang jek pompuan yang join geng2 ganas neh. Esoknya dah tak larat nak gerak.. badan lebam2 kena tembak.. So padan la dengan muka. Nak jugak join.


Seriously memang first time main paintball seganas ni. Seumur hidup pun main paintball lebam2 sikit2 je.. tapi kali ni seluruh badan lebam. Kalau dikira mau sampai 15 tembakan yang ada tanda kat badan. Pergghh.. Tapi salute kat Ikmal.. steady jek dia. Tak amik MC pun.. hehehe.. Pape pun memang best sangat aktiviti ni. Entah bila nak join lagi kan?

Organizer dia sape lagi kalau bukan Puan Linda a.k.a. Miss Q.A Mimos kita. Join sekaki En. Shahzilan atau lebih senang panggil Shah je. Dan yang lain-lain tu adik-adik Ikmal. Bagus punya abang belanja adik2 main paintball.. nyeh3.. 
                                                                                  

11 July 2009

"Selamat Hari Lahir, Wani"

Nyum.. nyum.. nyum.. cedapnyeee..
Salam semua, thanks pada semua kawan2 SDD yang turut menyambut hari jadi Wani yang ke-25. Tepat 9 Julai 2009 maka genaplah umur Wani yang ke-25. Dah semakin tua aku sekarang ye? Rasa terharu sangat-sangat bila tengok kek depan mata dan hadiah yang cukup comel (mahal kot harganya)..

Pada awalnya takde pulak terfikir nak dapat hadiah dan kek. Cukup la setakat ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawan dah memadai. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi pada bos, Ikmal, Intan, Jazz and Ayu. Diorang ni dah bertungkus-lumus plan nak wat surprise pada aku. Oh..lupa pulak, "Welcome to SDD Club, Ayu!". Masa ni Ayu baru sahaja join SDD. So dia agak takut-takut dan pendiam sikit. Tapi makan... hehehehe.. Sori Ayu, gurau jek..

Kenangan terindah baru dirasai walaupun tempatnya hanyalah di dalam pantry. Hehehe.. Masa tu senyuman dah sampai ke pipi. Tak terluah oleh kata-kata, so pendamkan saja dalam hati. Wah, berpantun pulak. Nyeh3..


"Selamat Hari Jadi, Wani! May Allah bless you always"

Thanks sekali lagi pada semua yang plan nak sambut besday Wani ni. Thanks sekali lagi. Aku takkan lupa segala kenangan ni sampai bila-bila.. :-)