02 January 2010

Ikan bakar.. Ikan bakar.. Ikan Bakar Fend..

Nyum..nyum..  sedap giler makan ikan bakar Fend dekat Kelana Jaya. Alang-alang time tu si Khaidir nak belanja makan so kitorang pe lagik.. On je la. Muahahaha!!! Pada 30hb Disember 2009 kami gi lepak makan dekat sana. Makanan kat situ memang sedap jugak la tapi still tak leh kalah ikan bakar di Jalan Bellamy. Air asam dia mahsyuk tu.. muaaaahh~

 
 
Masa ni kitorang tengah beratur mau amik ikan bakar...
Gambar agak blur so kalau tak bape nak puas ati tu mintak maap la banyak2 yek..

Lepas amik ikan bakar kami dok tempat masing-masing untuk makan..

 
Sebelum mentekedarah, sempat kami tangkap gambar.. hehehe
 
Sesi bacaan doa bermula..
 
Sambil menunggu doa abis, perut dah berdondang sayang bila melihat ikan bakar di depan mata..
Hohoho...

Makan-makan pun bermulaaaa.... Mata dah tak pandang kiri kanan dah.. Memang kebulur tahap cipan asbestosimitoss..



Semua busy makan....


 

"Makan jangan tak makan... Khaidir belanja nih!!" ayat bos.. hahaha
"Bila dah kata orang belanja, aku pekena sup ekor la. Lain dari yang lain..." kata Hafiz pulak.


Senyuman kegembiraan bila dapat makan orang banje...
Sampai tudung pon dah senget-benget..


"Aduyai.. rase-rase bape la kena bayar ni ek? Nyesal cakap nak banje depa rini.. Huhuhu" hati Khaidir merintih.. muahahahaha


"Makan sampai kenyang... Jangan membazir... Itu semua dunia!!" kata Mat..


"Best makan makanan free neh. Bertambah-tambah aku makan..Habis bising laki aku.. Peace!" ucap Jazz sambil mulut penuh ngan makanan.. Hehehe..
 

Sol begitu berselera sekali...


Mari sedut beramai-ramai.....

Setelah kekenyangan, begini la keadaan meja kitorang...hohoho..

Bersepahnyaaaaaaaa... anak sape la makan ni ek??? Hehehe..

Best! Best! Best! Sebab makan ikan bakar. Lama dah tak pekena ikan bakar.. Lepas ni nak makan kat mana plak ek??? Adakah awan besar? Jalan Bellamy atau.......  kita tunggu dan lihat makan-makan season lain pulak. Kali ni menanti belanja Sol and Nabiha pulak! Wah.. wah.. wah.. murah rezeki dorang.. hehehehe..

Papehal.. thanks to Khaidir sebab dia mau belanja... Pasni jangan lupa makan kat Old town pulak.. Kikikiki....



Hepy besday Khaidir!!!

Pada 29hb Disember 2009 adalah sorang mamat dari SDD ni yang menyambut harijadinya yang ke-26 tahun. Bila dilihat kali pertama, mamat ni macam muda dari aku tapi rupa-rupanya aku yang lagi muda dari dia. Muahahaha...

Kami menyambut besday dak ni masa nak buat meeting di bilik pinang ritu. Alang-alang ari yang sama, so redah je la.. hahaha.. Bila lagi nak kumpul ramai2 tol tak? Ok la jom kita lihat aksi Khaidir bila dapat adiah dia..

Khaidir diberi peluang untuk meluahkan rasa di hati di depan kitorg.. terketaq-ketaq aku tengok.. wahaha


Tak sabaq-sabaq aku tengok si Khaidir nak melihat pe la hadiah dia tu ek???
Hafiz plak yang lebih excited.. huhu


Muka macam tak excited jek?? huhuhu..

Tak puas tangkap dekat bilik meeting, kitorang ubah plan untuk tangkap gambar dengan lebih terang dan jelas di tempat mamat ni sendiri. Korang nampak ke hadiah apa tu?? Hadiahnya ialah....................


Sama la macam hadiah Mat. Tapi yang bezanya hadiah Khaidir kali ni ada pen.. Mat plak dapat card holder. Jenama pon jenama Polo. Aku pon tak to pe beza Polo Swiss dengan Polo Exchange. Asalkan Polo kira ok la kan?? Hehehe..
Aku, Sapuan and En. Megat dah tak sabar-sabar nak soh si Khaidir ni tunjukkan hadiah dia tu..
And masa ni jugak la hari terakhir En Megat dengan kami sebelum beliau berangkat pulang ke Penang.. Gambar memori neh.. Huhuhu


Khaidir malu-malu kucing lagi tu sambil menyusun hadiah dia..


Dengan bangganye si Khaidir menunjukkan hadiah pada kitorang..
Si sapuan kat belakang tu pon nyibuk je nak masuk dalam gambar.. Hohoho

Hahaha.. aku tak to la mamat ni suka ke atau tak dengan hadiah tu. Kalo tak menepati citarasa minta maap la ek. Tapi aku tau ko mesti ske kan khaidir?? Apa-apa hal pon.. Hepy besday sekali lagi. Semoga bahagia, gembira and ceria-ceria selalu!!!!





Selamat bertunang Sol!

Pada 26hb Disember 2009 majlis pertunangan Solehah diadakan. Wah! Kali ini orang yang ketiga dalam group SDD telah mengikat perhubungan. Adik-adik plak tu. Kejelesan telahpun berlaku untuk kali yang keberapa. Hahaha.. Walau apa-apa pun bak kata orang jodoh tak kemana. Insya'allah.

Nak kata tengok pada majlis yang keluarga Solehah buat takde la se'vogue' Nabiha dimana pelamin indah siap disediakan. Majlis yang sederhana itu tetap meriah.

Solehah dengan senyum malu-malu.. hehehe.. Mesti berdebar-debar kan walaupun bukan bernikah lagik..


Sewaktu cincin disarungkan oleh Mak Long si tunang. Betulkan Sol??? Hehehe


Cincin tunang daripada tunang tersayang..

Akhirnya terikat sudah dua hati. Hahaha.. Terjiwang plak. Selamat hari pertunangan buat Solehah sekali lagi. Doakan akak-akak yang tertinggal jauh ni dapat jodoh plak yek.. hehehe