Memang betul2 menyeksa diri. Esoknya masing-masing ambil MC, haha.. sebenarnya yang ambil MC Wani je.. selepas tu bos besar ijai menyusul plak. Alasan badan luka-luka lebam-lebam. Apa perasaan mereka? First time join paintball yang memang rasa macam bertempur kat medan perang. Lebih terasa Wani la sebab dia sorang jek pompuan yang join geng2 ganas neh. Esoknya dah tak larat nak gerak.. badan lebam2 kena tembak.. So padan la dengan muka. Nak jugak join.
Seriously memang first time main paintball seganas ni. Seumur hidup pun main paintball lebam2 sikit2 je.. tapi kali ni seluruh badan lebam. Kalau dikira mau sampai 15 tembakan yang ada tanda kat badan. Pergghh.. Tapi salute kat Ikmal.. steady jek dia. Tak amik MC pun.. hehehe.. Pape pun memang best sangat aktiviti ni. Entah bila nak join lagi kan?
Organizer dia sape lagi kalau bukan Puan Linda a.k.a. Miss Q.A Mimos kita. Join sekaki En. Shahzilan atau lebih senang panggil Shah je. Dan yang lain-lain tu adik-adik Ikmal. Bagus punya abang belanja adik2 main paintball.. nyeh3..